top of page

 PERATURAN PERMAINAN

 

1.PENDAFTARAN PEMAIN

1.1  Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola         dan hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk benmain.

1.2  Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi tidak kurang daripada lima (5) orang pemain dan seorang pemain simpanan.

1.3 . Seorang pemain dibenarkan benmain untuk dua (2) acara sahaja

 

2. CARA PERTANDINGAN

2.1.1  Kejohanan ini adalah dijalankan mengikut disiplin penmainan.

2.2.2  Acara yang akan dipertandingkan adalah: 2.2.1. Perseorangan

2.2.2. Bergu (Pairs)

2.2.3. Bertiga (Triples)

2.2.4. Berempat (Fours)

 

2.3. Susunan pemain hendaklah mengikut aturan penmainan dim ana acara perseorangan akan benmain serentak dengan acara                       berempat manakala acara bergu akan dijalankan serentak dengan acara bertiga.

 

3. SISTEM PERTANDINGAN

 

  3.1 Masa bermain bagi acara Bergu, Bertiga dan Berempat adalah selama 1 jam 30

         minit atau 15ends yang mana terdahulu. Manakala bagi acara perseorangan

         masa bermain adalah 1 jam 30 minit atau apabila salah seorang dari pemain tersebut mencapai mata 21 yang mana terdahulu.

  3.2 Untuk acara perseorangan, pemain di benarkan melihat perubahan pada 'Head'adalah selepas meleretkan bowls ketiga dan                        untuk acara pasukan hanya skip sahaja yang dibenarkan.Pemain-pemain yang lain tidak dibenarkan sama sekali.

 

   3.3.Pertukaran pemain boleh dibuat bagi pemain Bergu, Bertiga dan Berempat  sahaja. Pertukaran hanya boleh dibuat                                 sebelum perlawanan sahaja dan bukan semasa pertawanan sedang bertangsung.

3.4. Bagi pertawanan peringkat kumpulan, pertawanan akan dijalankan secara liga.

3.5. Bagi pertawanan suku akhir, separuh akhir, penentuan ketiga/ keempat dan akhir  akan dijalankan secara kalah mati.

 

 

4. CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

4.1. Pemberian mata perlawanan:

 

 

Menang - 3 mata

                                 Seri - 1 mata

                                                           Kalah - 0 mata

 

4.2. Pasukan yang mendapatjumlah mata yang tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

4.3. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah skor terbanyak di kira sebagai pemenang.

4.4. Jika masih seri, pasukan yang mengalahkan lawan di kira menang.

4.5. Jika masih seri, pasukan yang mendapat jumlah kemenangan end terbanyak dari

        pertawanan keseluruhan dikira pemenang.

4.6. Jika masih tiada keputusan, sistem 'Sudden Death Bowls' akan dilakukan

       ( penentuan akan ditentukan berdasarkan 1 end).

4.7. Keputusan Johan Keseluruhan pasukan akan ditentukan berdasarkan jum4lah kutipan

       pingat emas yang terbanyak dari 4 disiplin.

4.8. Jika masih seri, kutipan tertinggi pingat perak akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

4.9. Jika masih seri, kutipan pingat gangsa akan diambil kira bagi menentukan pemenang.

4.10. Jika masih seri, penentuan johan keseluruhan akan ditentukan melalui

        pengiraan perbezaan 'shot' (margin) di dalam pertawanan akhir.

 

5. KELEWATAN

 

5.1. Setiap perlawanan hendaklah dimulakan sebaik sahaja isyarat bermain diberikan oleh pengadil.

5.2. Mana-mana perlawanan yang tidak dapat dijalankan setelah isyarat bermain di berikan dari kelewatan mana-mana pasukan, penalti  skor akan dikenakan seperti berikut-

5.3. Mana-mana pasukan yang lewat 5 minit akan memberi satu (1) skor kepada pihak lawan dan lima minit seterusnya sehinggalah melebihi 15 minit maka kemenangan percuma diberikan kepada pihak lawan dengan skor 7-0.

5.4. Jika permainan telah berlangsung lebih 1 jam atau 8 end dan berlaku gangguan cua ' rkeputusan permaw>aR ;an Q' mbil kira. Jika gangguan cuaca berlangsung dan perlawanan tidak melebihi 1 jam atau 8 end, perlawanan akan diberhentikan selama 30 minit dan keputusan perlawanan akan ditentukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Boling Padang MASUM dan akan dimaklumkan 30 mint selepas diberhentikan.

 

6.  PAKAIAN

6.1. Setiap pasukan hendaklah menggunakan pakaian yang seragam dalam setiap perlawanan.

6.2. Jersi atau baju T yang berkolar sahaja dibenarkan

6.3. Kasut hendaklah tidak bertumit dan bertapak rata sahaja yang dibenarkan

 

7.RE - SPOT JACK

       7.1.      Tiada 'dead end' dalam permainan.

       7.2.      Jika jack telah keluar dari 'rink' ianya akan diletakkan point terdekat dimana ianya 2 meter dari

              dari 'ditch' dan 1.5 meter di kiri & kanan' T' mengikut arah keluarnya jack terse but.

 

bottom of page